fbpx

Mekanisme agihan bantuan kanak-kanak autisme dirangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang merangka mekanisme agihan bantuan kepada kanak-kanak autisme.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara tersebut adalah langkah penting yang perlu dilaksanakan selaras dengan komitmen Kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan khas menerusi Belanjawan 2025 untuk memperkasakan kebajikan golongan tersebut.

Katanya dalam belanjawan itu, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk membina Pusat Perkhidmatan Autisme dan RM15 juta bagi bayaran yuran kanak-kanak yang layak.

“Kami sedang berbincang bagaimana agihan peruntukan ini dilakukan. Sebagai contoh, adakah peruntukan RM5 juta itu perlu diagihkan mengikut zon dan sebagainya.

“Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan ini meskipun ia baru dicadangkan dalam mesyuarat kabinet seminggu sebelum pembentangan belanjawan dilakukan,” katanya dalam sesi bual bicara sempena Malam Media Sarawak dan Sembang Santai bersama Menteri KPWKM di sini.

Nancy menegaskan, sudah tiba masanya kerajaan membantu membina pusat bagi kanak-kanak autisme, dengan memberikan fokus kepada pemerkasaan golongan terbabit supaya mereka tidak tertumpu di sesebuah tempat dan bercampur dengan kanak-kanak lain di dalam Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

“Ia merupakan satu usaha sebagai intervensi awal terbaik dan amat penting untuk menangani isu autisme,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI