fbpx

Pekerja kilang liwat budak 4 tahun direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja kilang berusia 23 tahun direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana meliwat seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Oktober lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang ditahan reman selama empat hari bermula hari ini kerana meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, Oktober lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, R. Salini selepas membenarkan permohonan dibuat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Terdahulu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini lengkap berpakaian reman berwarna ungu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata suspek warga tempatan telah ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini pada pukul 3.20 petang, semalam.

Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh yang telah menjaga mangsa sejak dua tahun lalu.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI