fbpx

Lapan negeri diramal hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri sehingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak, Cameron Highlands, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang.

“Di Selangor, amaran cuaca buruk melibatkan kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan pula kawasan terjejas termasuk Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

“Bagi Melaka, cuaca buruk dijangka melibatkan Alor Gajah dan Melaka Tengah, sementara di Johor pula melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” jelas kenyataan itu.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Kuching), Sri Aman (Sri Aman) dan Betong, manakala Sabah pula di Tawau (Tawau). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI