fbpx

2 PPS baharu di Gua Musang persediaan hadapi banjir gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS baharu yang dibuka untuk penduduk di Kampung Batu 5, Gua Musang hari ini.- Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah ini sebagai persediaan awal untuk menempatkan kira-kira 500 penduduk di Kampung Batu 5, Batu 6 dan Batu 7 di sini sekiranya terjejas banjir gelombang kedua.

Sebelum ini, penduduk di tiga buah kampung itu terpaksa menyelamatkan diri ke atas bukit dan berteduh dalam pondok di kebun getah selepas kawasan perumahan terkepung banjir.

Seorang penduduk Kampung Batu 5, Kua Eh Say, 60, berkata, mereka bersyukur apabila pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang membina premis PPS yang lengkap dengan ruangan memasak dan tandas.

Katanya, lokasi PPS yang dibina berada di kawasan tinggi dan bebas banjir.

“Apabila kampung dilanda banjir, kami membawa diri ke tempat selamat terutamanya di atas bukit dan berlindung di pondok kebun getah.

“Golongan tua yang uzur paling terjejas apabila merema terpaksa tinggal dalam kawasan kebun getah selama beberapa hari. Kira-kira 16 buah rumah di kawasan ini akan dilanda banjir setiap tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Batu 5 di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Asri Mustapha, 51, berkata, jambatan besi di kampung mereka dinaiki air pada ketika musim tengkujuh sehingga menyebabkan penduduk terputus hubungan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI