fbpx

KPM dengar cadangan tukar kembali nama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kanan) melancarkan Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar pandangan untuk mengembalikan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan nama kepada SJKC Gamuda Cove.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, beliau mendengar semua cadangan yang dilontarkan namun terdapat proses yang perlu dilalui terlebih dahulu.

“Kita ada proses dan setakat ini saya tidak fikir itu satu perkara yang sukar malah kita mendengar semua pandangan.

“Kita akan ambil perhatian untuk cadangan (pertukaran nama sekolah) tersebut. Ada cadangan, kita dengar dan ambil perhatian,” katanya selepas menyertai program Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi ucapannya mengumumkan akan membawa isu SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin yang ditukarkan nama SJKC Gamuda Cove ke Kabinet.

Beliau dilaporkan bersetuju dengan pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong agar nama asal itu dikembalikan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI