fbpx

Dadah bernilai lebih RM60,000 dirampas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis turut menjumpai lima peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine 103.5 gram.

LUMUT – Penahanan dua individu di kawasan kebun kelapa sawit di Ayer Tawar, Sitiawan dekat sini kelmarin membawa kepada penemuan dadah bernilai RM60,357.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah menahan seorang lelaki, 47, dan perempuan, 17, dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun tersebut kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah beg plastik yang dipegang oleh suspek lelaki telah menjumpai sepeket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran beratnya 450.9 gram (g).

Katanya, turut ditemui Lima peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine (103.5g).

“Kedua-dua suspek bersama rampasan dadah dan sebuah kenderaan jenis Proton Saga FLX berwarna coklat dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hasbullah berkata, susulan penahanan ke atas dua suspek tersebut, pihak polis membuat serbuan ke sebuah rumah di Kampung Pundit, Lumut dan berjaya merampas dadah di lokasi tersebut.

Beliau memberitahu, dadah yang dirampas adalah disyaki jenis methamphetamine (254.20g) dan dadah disyaki jenis heroin (149.40g).

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah disyaki methamphetamine ialah 357.70g) dan dadah jenis heroine sebanyak 600.30g dianggarkan bernilai RM60,357.

“Pihak polis turut merampas dan menyita sebuah motokar Proton Saga FLX, sebuah motosikal skuter Avatiz dan wang tunai campur berjumlah RM200 dengan anggaran nilai sitaan sebanyak RM14,200,” katanya.

Menurut Hasbullah, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis mop dan methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) peruntukan yang sama.

“Kedua-dua tahanan telah dibenarkan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan pihak polis dan mengesan suspek lain yang terlibat sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI