fbpx

’65 tahun jadi anak seni, ini anugerah pertama saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. GALAK diraikan sebagai penerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman, FFM33.

KUALA LUMPUR – Sebak dan terharu, itu reaksi pelakon senior A. Galak apabila diberikan pengiktirafan menerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, A. Galak, 84, berkata, anugerah tersebut merupakan trofi pertamanya selepas 65 tahun bergelar anak seni.

“Syukur atas anugerah ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Ini kali pertama saya terima anugerah selepas 65 tahun bekerja dalam industri sejak Malay Film Productions Jalan Ampas, Singapura.

“Saya mula bekerja di Jalan Ampas pada usia 19 tahun sehingga studio tersebut ditutup pada tahun 1967 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula berlakon di beberapa syarikat produksi Skop Production selama 40 tahun,” kata pemilik nama penuh Zakaria Ahmad itu.

Tambah bintang drama kepolisan popular, Gerak Khas itu turut menitipkan penghargaan kepada setiap individu yang pernah terlibat dalam kerjaya seninya selama ini.

“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi peluang kepada saya.

“Terima kasih banyak atas budi kalian dan akan saya kenang hingga akhir hayat,” ujarnya.

Menerusi pengiktirafan tersebut, A. Galam menerima wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI