fbpx

Vivy, suami percaya sistem kehakiman untuk bersihkan nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pengasas FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian terhadap pertuduhan yang dihadapi sekali gus membersihkan nama mereka.

Pasangan tersebut dalam kenyataan bersama berkata, memandangkan proses tersebut berterusan, mereka berharap untuk memperoleh semula keadaan normal, terutamanya demi orang tersayang.

“Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami dan menghantar pesanan dan doa yang baik. Semoga Allah membalas jasa baik kalian,” katanya hari ini.

Menurutnya, mereka terpaksa mengambil sedikit masa untuk memproses apa yang telah berlaku dan bagaimana keadaan itu telah berkembang.

Kata Vivy dan Fadzarudin, berikutan penyiasatan selama sebulan oleh SPRM, mereka dimaklumkan pada Khamis lalu mengenai dakwaan berhubung transaksi pada 2018.

“Kami tidak dapat membincangkan kes itu, tetapi kami akan terus memberikan kerjasama penuh kami kepada proses itu,” ujarnya.

Khamis lalu, Vivy dan Fadzarudin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Bagaimanapun Vivy, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Mahkamah kemudian membenarkan Vivy dan Fadzaruddin masing-masing diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI