fbpx

Gegaran di Machang bukan disebabkan letupan, kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Tiada sebarang kegiatan menggunakan bahan letupan dan kebakaran yang boleh dikaitkan dengan dakwaan berlaku gegaran kuat di Machang dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pihak polis mengesan beberapa komen di Facebook berkait satu gegaran kuat berlaku di Machang sehingga ia tular di media sosial kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat seorang lelaki, dia terdengar bunyi kuat di ruang udara yang dipercayai sebuah jet semasa berada di beranda rumahnya di Kampung Kelaweh, Machang kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Siasatan mendapati tiada sebarang aktiviti menggunakan bahan letupan dan kejadian kebakaran dikesan dan dilaporkan berlaku semasa kejadian. Polis Kelantan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial ada sesetengah pihak mendakwa berlaku gegaran kuat dipercayai berlaku di kawasan sekitar Machang dekat sini malam tadi.

Gegaran tersebut turut disusuli bunyi kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk di kawasan setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI