fbpx

Serie A: Inter cabar kedudukan pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTER berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan terakhir dengan pencapaian meraih empat kemenangan. - AFP

MILAN – Inter Milan terus mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Serie A, Napoli selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Parma di San Siro, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai pencabar utama kejuaraan.

Gol-gol menerusi Federico Dimarco, Nicolo Barella dan rembatan menarik Marcus Thuram pada minit ke-67 memberikan tiga mata penting kepada juara bertahan itu yang kini mengumpul 31 mata untuk berada di kedudukan ketiga.

Jurulatih Inter, Simone Inzaghi gembira dengan kemenangan tersebut, tetapi kecewa dengan kelekaan pasukannya yang membenarkan gol saguhati Parma melalui jaringan sendiri Matteo Darmian pada lewat permainan.

“Kami menjaringkan beberapa gol hebat kali ini. Namun, dibolosi adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dengan cara kami bermain sepanjang 94 minit,” ujar Inzaghi.

Kemenangan itu menyaksikan Inter kekal dengan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan untuk semua kejohanan musim ini dan dianggap satu pencapaian positif menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen pada Selasa.

Meskipun berdepan jadual Eropah yang padat, Inzaghi tetap menurunkan barisan terbaiknya, termasuk kapten Lautaro Martinez yang membuat penampilan ke-300 bersama kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI