fbpx

Lelaki berhati emas – Mierul Aiman dipuji bantu pelajar susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIKAP murah hati Mierul Aiman membantu pelajar universiti mendapat pujian netizen.

PETALING JAYA – Terkesan melihat pelajar universiti bergelut dengan masalah kewangan, pelakon popular Mierul Aiman, 26, tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi hantaran pelakon drama Project : High Council itu dalam aplikasi X, dia membuka ruang kepada lima pelajar untuk menghubunginya bagi mendapatkan bantuan kewangan.

“Lima pelajar yang perlukan duit belanja hujung minggu ini atas sebab kesulitan tertentu boleh mesej saya. Tak perlu segan. Kalian lebih memerlukan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Usaha pemenang Hero Remaja 2021 itu mendapat pujian ramai netizen. Malah ada yang menggelar Mierul sebagai lelaki berhati emas.

“Sayang kamu Mierul. Terima kasih kerana membantu mereka yang memerlukan,”

“Terima kasih anak muda. Moga berjaya dunia dan akhirat hendaknya,”

“Lelaki yang memiliki hati emas. Tahniah Mierul,” demikian antara komen netizen.

Selepas berjaya mendapat lima pelajar yang memerlukan bantuan, Mierul memaklumkan dia akan membuka peluang lagi selepas ini untuk berkongsi rezeki.

“Insya-Allah ada ruang lagi untuk rezeki kita, rezeki kalian,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI