fbpx

Harga beras import turun hasil rundingan dengan kerajaan India – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) hadir pada Majlis Peluncuran Serentak Jualan Termurah Madani di Permatang Pauh, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan harga beras putih import yang berkuat kuasa 1 Disember lalu dilaksanakan menerusi hasil rundingan dengan kerajaan India.

Menurut beliau, insiatif kerajaan itu adalah bagi membantu menangani kos sara hidup yang dihadapi seluruh rakyat ketika ini.

“Beras putih import turun sebab kita berjaya berunding dengan kerajaan India. Beras itu dijual dengan harga lebih murah supaya dapat meringankan beban masyarakat.

“Kita tahu masalah kos harga barang sebab itu ambil Inisiatif melancarkan Program Rahmah dan Jualan Madani termasuk dengan pemberian beras dan ayam percuma,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Serentak Jualan Termurah Madani di Permatang Pauh di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa 1 Disember.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Bernas, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, kerajaan menggalakkan penggunaan aplikasi oleh golongan nelayan bagi memudahkan urusan jual beli hasil laut pada harga yang berpatutan

“Dengan memakai aplikasi itu, pengguna dapat membelinya secara langsung. Sebab itu perlu ada persaingan yang sihat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI