KULAI – Polis menahan seorang penjaga rumah anak yatim selepas dipercayai merogol penghuni rumah anak yatim di Taman Mas, di sini minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditangkap pada pukul 3 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.
“Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian rogol melibatkan remaja perempuan berusia 17 tahun pada pukul 9.48 malam, 29 November lalu dan melakukan tangkapan pada pukul 3 pagi keesokan harinya.
“Kejadian berlaku di rumah anak yatim tersebut. Mangsa diperkosa penjaga rumah anak yatim itu pada 2020 hingga 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seng Lee berkata
, semasa kejadian mangsa berusia 13 hingga 15 tahun dan suspek kini dalam tahanan reman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut dijalankan. – KOSMO! ONLINE