fbpx

PM lulus RM50 juta untuk inisiatif Penang Silicon Design @5km+

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) hadir pada Majlis Perasmian Inisiatif Penang Silicon Design @5km+ di Bayan Baru, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Pusat meluluskan geran padanan berjumlah RM50 juta bagi tempoh lima tahun untuk inisiatif Penang Silicon Design @5km+.

Berita gembira bagi Pulau Pinang itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan inisiatif Penang Silicon Design @5km+ hari ini.

Menurut Anwar, inisiatif Penang Silicon Design @5km+ itu adalah satu projek yang membanggakan Pulau Pinang dan mampu melonjakkan kekuatan ekonomi negeri dan juga Malaysia secara umumnya.

“Seperti biasa, Chow (Chow Kon Yeow) merayu sana, merayu sini, tetapi permohonannya tidak banyak.

“Ini satu inisiatif yang akan letakkan Malaysia sebagai pusat penting semikonduktor di Asia, permohonannya (Chow) kecil, sekitar RM12 juta setahun, kira-kira RM60 juta (untuk tempoh lima tahun), kalau saya Ketua Menteri saya minta RM200 juta.

”Tetapi Chow tahu kekangan kita, maka saya luluskan RM50 juta (untuk tempoh lima tahun) yang akan bantu memudahkan mereka, kita tidak mahu mereka pening dengan kewangan,” katanya ketika berucap merasmikan inisiatif Penang Silicon Design @5km+ di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan lain-lain jemputan.

Inisiatif Penang Silicon Design @5km+ yang diterajui kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi agensi utamanya, InvestPenang, dicipta untuk merevolusikan industri semikonduktor Malaysia dan sejajar sepenuhnya dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Inisiatif baharu ini menandakan satu lonjakan penting ke arah bahagian hadapan rantaian nilai semikonduktor, mempercepatkan
revolusi kecerdasan buatan (AI), dan memacu negara ke barisan hadapan dalam inovasi teknologi global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI