fbpx

Pendedahan RCI Batu Puteh bukti wujud pengkhianatan besar kepada negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat jumaat di Surau Al-Manar Presint 14, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujud pengkhianatan besar kepada negara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, proses undang-undang bagi menyiasat semula perkara itu harus dihormati semua pihak.

“Kita tengok proses berikutnya,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini, hari ini.

Katanya, beliau turut menyifatkan pendedahan dibuat RCI itu bukan perkara ringan termasuk apa-apa kesalahan yang terlibat dalam soal menyerahkan kedaulatan negara.

Jelasnya lagi, setiap inci tanah kita itu patut diperjuangkan habis-habisan namun, sebaliknya ada sedikit kegagalan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI