fbpx

Budak dakwa ditampar, ditumbuk cikgu hingga lebam di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG murid sekolah rendah mengalami lebam bahagian muka selepas dipercayai ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang murid tahun empat mengalami lebam di muka selepas mendakwa ditampar dan ditumbuk guru lelaki dalam kejadian sebuah sekolah di sini semalam.

Pihak pengurusan pusat jagaan kanak-kanak berkata, mangsa yang berusia 10 tahun dikenakan ‘hukuman’ itu selepas berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak tersebut dengan murid lain di makmal komputer sekolah berkenaan.

“Saya terima laporan mangsa mendakwa disepak sebelum terjatuh dan menangis. Guru tersebut juga didakwa menampar dan tumbuk muka mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pihak pengurusan rumah amal itu kecewa dengan tindakan tenaga pengajar terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini, semalam untuk tindakan selanjutnya.

“Ini bukan hendak mendidik tetapi mencederakan. Walau nakal sekali pun, ikutlah SOP (prosedur operasi standard).

“Nak rotan dipersilakan, tetapi ikut SOP KPM (Kementerian Pendidikan) bukannya belasah budak ikut nafsu sampai ‘blue black’ (lebam) muka budak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan bagi menyiasat (OTI),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI