fbpx

Bunuh pekerja ladang, sumbat mayat dalam but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Dua pekerja ladang warga asing diberkas susulan penemuan mayat dipercayai dibunuh dalam but kereta di Telok Panglima Garang di sini, Selasa lalu.

Penahanan ke atas suspek berusia 17 dan 22 tahun itu dilakukan pada pukul 5.08 pagi oleh anggota polis yang sedang melakukan tugasan rondaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pemeriksaan pada but kereta dinaiki suspek membawa kepada penemuan mayat lelaki disyaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati mayat itu mempunyai beberapa kesan kecederaan pada tubuh.

“Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang mengesahkan kematian lelaki tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pekerja ladang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, punca pembunuhan masih dalam siasatan dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 14 Disember ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI