fbpx

Penduduk Gua Musang perlu waspada gelombang kedua banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Raisnan (kanan) semasa meninjau kerja membaik pulih tanah runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di Gua Musang hari ini. - Foto AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Hampir 80,000 penduduk di daerah ini perlu sentiasa berwaspada dan membuat persiapan awal bagi menghadapi gelombang kedua bencana banjir.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau pinggir sungai perlu bersiap sedia menjaga keselamatan nyawa dan harta benda sekiranya penempatan mereka dilanda banjir.

Katanya, penduduk tidak boleh berada dalam keadaan selesa meskipun daerah ini masih tidak terjejas dengan banjir besar seperti daerah lain.

“Hujan lebat di kawasan Hulu Kelantan berlaku sempadan antara Kelantan dan Pahang sejak kebelakangan ini.

“Berlaku kenaikan paras Sungai Galas pada Rabu lalu apabila hujan lebat berlaku di bahagian hulu Gua Musang. Sekiranya hujan berterusan di kawasan pedalaman, keadaan itu menyebabkan banjir berlaku di daerah ini,” katanya selepas meninjau kerja membaik pulih tanah runtuh di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli di sini hari ini.

Nik Raisnan memberitahu, semua agensi keselamatan telah bersiap sedia membantu penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih selamat termasuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah disediakan.

“Semua penduduk mesti berada dalam keadaan sentiasa bersedia dan peralatan serta dokumen penting haruslah disimpan di tempat selamat,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Raisnan berkata, lencongan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Jeli kini giat dilaksanakan bagi membantu 3, 000 penduduk yang terputus hubungan sejak Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI