fbpx

Pulau Pinang tutup taman rimba, taman negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang merupakan antara taman rimba yang ditutup kepada orang awam ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 hingga 26 Januari.

GEORGE TOWN – Taman rimba dan taman negeri di seluruh negeri ini ditutup kepada orang awam bermula 13 hingga 26 Januari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, taman rimba dan negeri yang terlibat adalah Taman Rimba Teluk Bahang, Taman Rimba Bukit Mertajam, Taman Negeri Bukit Panchor dan Hutan Pelajaran Air Itam Dalam.

“Jabatan Perhutanan Negeri telah menutup taman-taman ini bermula Rabu lalu dan adalah penting untuk semua pihak mematuhi perkara ini.

“Sepertimana prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semua aktiviti sukan dan riadah tidak dibenarkan, kecuali berjogging dan berbasikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI