fbpx

[VIDEO] Bukan pucat, tapi ‘terkejut beruk’ dengar harga – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Vida menaiki sebuah beca di kota London.

PETALING JAYA – Bukan pucat, tapi ‘kejut beruk’ dengar harga 235 pound (kira-kira RM1,300).

Demikian luahan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Otman, 53, ketika dimaklumkan tambang menaiki sebuah beca di kota London.

Sebelum kejadian itu, Vida memaklumkan dia mahu jalan-jalan pusing di Kota London untuk melihat apa yang berlaku.

“Excited (teruja) nak naik, masa ni happy (gembira) lagi. Dia (pemandu beca) kata round (pusing) 10 ke 15 minit.

“Saya dah pelik kenapa tak ramai orang naik. Lepas tu, semua orang pandang saya naik benda ni (beca). Tengok tak ada orang naik pun,” katanya dalam satu klip video di media sosial.

Vida berkata, setelah sampai di destinasi, dia agak terkejut apabila tambang yang dikenakan adalah 235 pound.

“Saya bagitahu saya student (pelajar) dapatlah diskaun sikit. Tapi dia tak percaya pula saya pelajar.

“Menipu dia (pemandu beca), 235 pound kalilah dengan 5.5. Dia main letak je harga, takkan harga macam tu.

“Bukan pucat tapi kejut beruk dengar harga tu. Kucar bojeng (makan modal), patutlah tak ada orang naik,”kata Vida.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI