fbpx

[VIDEO] Tukang batu Malaysia raih RM27,000 sebulan di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan suasana pekerjaan sebagai tukang batu di UK.

PETALING JAYA – Tawaran gaji tinggi menjadi faktor penting bagi seorang pekerja dalam memilih sesuatu pekerjaan walaupun ia sukar dilaksanakan.

Terbaharu, tular di media sosial mengenai satu video seorang lelaki mendakwa gaji sebagai tukang batu terlatih di United Kingdom (UK) mampu mencecah RM900 sehari.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @gamispukak97, nilai gaji sehari itu pasti memukau mata ramai rakyat di negara ini terutama mereka yang berpendapatan  rendah.

Manakan tidak, jika RM900 diraih dalam masa sehari, pendapatan bulan pastinya berjumlah RM27,000.

Pekerjaan tukang batu di UK itu merupakan satu inisiatif yang dilakukan pihak Borneo Bricklayer Excellent Centre, Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu.

Melalui program Work To UK yang sedang berlangsung ketika ini, seramai lapan peserta ambilan tiga tahun 2024 terdiri daripada bekas pelajar IKMKK , alumni Giat Mara dan orang awam telah mengambil peluang menjalani latihan asas pemasangan bata selama sebulan.

Latihan tersebut merupakan persediaan kepada mereka sebelum mendapatkan tawaran bekerja di UK dengan gaji minimum RM900 sehari sebagai tukang batu profesional. – KOSMO! ONLINE.

@gamispukak97 daftar sekarang di BORNEO BRICKLAYING EXCELLENT CENTER @myikmkk #borneo #malaysia #worldskills #roadtouk #bricklaying #bricklayer #builder #perantau ♬ Laskar Pelangi – Nathania Karina & TRUST (Trinity Youth Symphony Orchestra)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI