fbpx

EPL: Amorim akui pemain belum cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YORO membuat aksi debut bersama United selepas pulih daripada masalah kecederaan, namun bergelut untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui beliau kesuntukan masa untuk membentuk pasukan yang benar-benar solid terutama ketika beberapa pemainnya baru pulih daripada masalah kecederaan.

Situasi tersebut menyaksikan beliau berdepan kekalahan 0-2 menentang Arsenal di Emirates sekali gus secara peribadi ia merupakan kekalahan pertama Amorim untuk tahun ini mengambil kira tugasnya bersama Sporting Lisbon sebelum ini.

Ketika United masih berdepan isu kecederaan, beberapa pemain yang pulih pula dilihat bergelut dengan tahap kecergasan menyebabkan beliau hanya memiliki pilihan terhad untuk membentuk skuad terbaik.

Tiga pemainnya, Harry Maguire, Tyrell Malacia dan Mason Mount hanya sempat beraksi kurang sejam di Emirates selepas pulih daripada kecederaan, manakala Leny Yoro membuat penampilan pertama untuk kelab itu selepas berehat panjang akibat kecederaan kaki.

“Saya tidak gemar untuk mengubah barisan pemain terlalu kerap, tetapi ia adalah untuk memastikan pasukan ini cergas. Maguire, Malacia dan Mount kurang minit permainan, Yoro pula hanya kali pertama beraksi, tetapi saya perlu memberikan mereka peluang.

“Kami perlu untuk terus bekerja keras untuk berada pada tahap kecergasan terbaik dan saya tidak mahu mengambil risiko untuk pemain yang berdepan risiko kecederaan,” katanya.

Biarpun mengalami kekalahan tersebut, Amorim masih lagi positif dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemainnya sambil mengakui bahawa beliau lebih berminat untuk menilai aksi pasukan itu berbanding keputusan akhir.

“Seperti yang saya katakan ketika kami menang 4-0 sebelum ini, kami perlu mengambil perkara positif, tetapi banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Anda boleh melihat jaringan dan momentum permainan berubah dengan cepat, jadi sukar untuk kami mengawalnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI