PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang dijangka terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, serta Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Perak, kawasan yang diramal terlibat adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, dan Kampar. Sementara di Kelantan, ribut petir di Jeli, Kuala Krai, dan Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut terlibat adalah Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, dan Pekan) dan Johor (Mersing).
“Hujan lebat juga diramal berlaku di Terengganu melibatkan Dungun dan Kemaman manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, dan Pekan sementara Johor di Mersing,” jelas kenyataan sama.
Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song, Kapit, dan Belaga), Bintulu (Tatau), serta Miri (Beluru, Telang Usan, dan Marudi).
“Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau, dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Ranau), serta Sandakan (Telupid),” tambah MetMalaysia.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat, tanah runtuh dan risiko pokok tumbang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE