fbpx

Teknologi AI pacu inovasi anak muda – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kanan) merasmikan AI Summer Camp Universiti Tour 2024 di kampus Alam UniMAP di Arau, hari ini.

PAUH – Penguasaan teknologi dan pengetahuan terhadap kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu melahirkan generasi muda yang inovatif serta berdaya saing dalam era Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif seperti AI Summer Camp University Tour 2024 menyediakan pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran yang relevan dengan teknologi terkini.

“Ilmu yang diperoleh jika digabungkan dengan kemahiran praktikal akan menjadi asas kukuh kepada pembangunan insan. Program ini melatih pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

“AI bukan sahaja keperluan dalam pelbagai bidang, malah pemangkin kepada pembangunan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutupan AI Summer Camp University Tour 2024 di Kampus Alam UniMAP Pauh, di sini hari ini.

Baginda bertitah, pendidikan berkaitan teknologi yang kukuh mampu memastikan belia Perlis memainkan peranan penting dalam ekonomi digital global.

Baginda turut menasihatkan pelajar agar meningkatkan kebolehpasaran dengan menguasai kemahiran teknikal seperti AI, data analitik dan automasi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI