fbpx

Amaran cuaca buruk, waspada di Sabah dan Sarawak hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Sandakan, Sabah.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan kawasan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan sehingga esok.

Pada masa sama amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku sehingga esok turut dikeluarkan melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak dan Kudat di Sabah.

Peta taburan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini.

Keadaan cuaca waspada dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak bermula esok hingga Ahad.

Manakala di Sabah, kedaaan sama bakal melanda beberapa kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat serta di Labuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI