fbpx

Liga Super: Penang tamat rekod buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK AKIF memastikan kemenangan buat Penang dengan gol kedua ke atas PDRM semalam. - PENANG FC

KEMENANGAN 2-0 Penang FC ke atas PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang semalam dianggap titik perubahan baharu buat skuad itu setelah berdepan episod kekalahan berpanjangan.

Gol pertama diledakkan penyerang import, Rodrigo Dias pada minit ke-38, manakala jaringan kedua dihasilkan oleh pemain tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat di separuh masa kedua.

Aksi dipamerkan skuad kendalian ketua jurulatih baharu Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail itu mula memperlihatkan keserasian antara pemain-pemain sekali gus mengembalikan semangat para penyokong kepada pasukannya.

Menurut anak jati Kelantan itu, berlaku perubahan ketara dalam pasukan apabila pemain mula mempamerkan kesungguhan untuk memperoleh kemenangan ke atas PDRM di laman sendiri.

“Kemenangan yang sangat sukar untuk kami cari sebenarnya setelah berdepan dengan sembilan perlawanan sebelum ini.

“Asyik kalah seri, kalah seri dan saya tahu emosi pemain yang membuak-buak ketika PDRM kurang seorang pemain, pasukan menjadi bertambah panik untuk hasilkan jaringan sebelum mencipta penyudahnya.

“Saya harap dengan kemenangan pertama ini, ia dapat diteruskan untuk baki sembilan lagi perlawanan termasuk pada piala yang lain. Harap ini jadi titik perubahan kepada kebangkitan Pulau Pinang,” katanya.

Kata Wan Rohaimi, barisan pemain juga mula menunjukkan keserasian dalam pasukan apabila menghasilkan hantaran-hantaran untuk disudahkan dengan peluang jaringan.

“Kita ada masa dalam empat hingga lima hari lagi untuk perlawanan seterusnya. Walaupun menang hari ini, tidak bermakna semua sudah baik. Pasukan masih lagi perlu bekerja keras untuk meneruskan rentak kemenangan itu nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI