fbpx

JKK SPAN syor LUAS diberi peranan sebagai agensi teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charles membentangkan laporan berhubung insiden gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran air di Sungai Kuang, Selangor, di pejabat SPAN, Cyberjaya, hari ini. Foto oleh KAMARIAH KHALIDI

CYBERJAYA – Jawatankuasa Khas (JKK) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesyorkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) harus diberi peranan lebih penting dalam Jawatankuasa Khas Penyelesaian Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, sekiranya LUAS diberikan peranan yang lebih penting, pembangunan di lembangan sungai-sungai di negeri berkenaan dijangka akan lebih terkawal.

“Dicadangkan LUAS juga diberi peranan sebagai agensi teknikal (OSC) yang akan dirujuk atau memberi ulasan berhubung pengurusan alam sekitar bagi setiap permohonan.

“Selain itu, kerajaan negeri perlu memperkasakan LUAS sebagai Pihak Berkuasa Lembangan Sungai (River Basin Authority) untuk menyelia pengurusan sungai di negeri Selangor,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Charles turut membentangkan laporan setebal 67 muka surat berhubung insiden gangguan bekalan air berpunca daripada pencemaran air di Sungai Kuang, yang merupakan anak sungai di Lembangan Sungai Selangor.

Insiden yang berlaku itu telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada kira-kira 1,141 kawasan dan 1,124,781 akaun pengguna.

Ini kerana pengoperasian empat loji rawatan air (LRA) iaitu LRA Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 terpaksa dihenti tugas secara sementara oleh operator air pada 23 Julai lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI