fbpx

Takut ditangkap punca pengikut GISBH tidak tuntut anak-anak di JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (duduk, tengah) meluangkan masa melakukan aktiviti sokongan psikososial bersama kanak-kanak yang berlindung di PPS SK Seri Tumpat 2 di Tumpat hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

TUMPAT – Seramai 130 anak-anak pengikut Global Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) masih berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kebanyakan anak-anak telah dituntut oleh ibu bapa masing-masing termasuk empat anak-anak diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai (OYLS).

Menurutnya, proses penyerahan anak-anak pengikut GISBH perlu melalui proses mahkamah sehingga ibu bapa takut ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah ada yang tidak mampu menjaga anak masing-masing.

“Kesemua aspek berkaitan penjagaan anak-anak pengikut GISBH memerlukan proses mahkamah. JKM perlu memohon untuk melindungi dan untuk menyerahkan kembali kepada ibu bapa masing-masing.

“Proses itu berjalan perlahan berikutan ibu bapa mahu tidak berjumpa JKM apabila ia turut melibatkan PDRM. Mereka takut ditangkap,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tumpat 2, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy memberitahu, ibu bapa sepatutnya tidak perlu takut untuk bertemu JKM bagi menuntut anak-anak kerana tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas mereka.

Katanya, selain itu, terdapat juga ibu bapa yang meminta JKM menjaga anak-anak GISBH itu terlebih dahulu kerana tidak mampu daripada sudut ekonomi apabila kehilangan punca pendapatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI