fbpx

BN sambut ulang tahun ke-50 Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Nasional - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) bakal mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 pada 7 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perkara tersebut diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat pada 27 November lalu.

“Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir.

“Sementara itu, mesyuarat berkenaan turut memutuskan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi surat atur cara yang dikeluarkan BN kepada pengamal media, di sebelah pagi diadakan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Wanita BN yang disempurnakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada pukul 10 pagi.

Diikuti program Era Baharu Anak Muda pada pukul 11.30 yang disempurnakan oKetua Pemuda BN, Datuk Akmal Saleh dan Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi.

Pada pukul 12 tengah hari, dijangka berlangsungnya majlis Pelepasan Sukarelawan Skuad Misi Bantuan Banjir di Anjung Merdeka, WTCKL disempurnakan Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kemuncak majlis pula diadakan pada pukul 1.30 tengah hari iaitu Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 BN disempurnakan Ahmad Zahid di Dewan Merdeka, WTCL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI