fbpx

Lelaki China didakwa culik remaja di Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XIAOMAN didakwa menculik seorang remaja perempuan warga China pada 24 November lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.-Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik remaja perempuan warganegara sama pada 24 November lalu.

Tertuduh, Huang Xiaonan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Xiaonan yang juga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Singapura menculik mangsa dengan niat supaya orang itu dikurung secara rahsia.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel bajet di Jalan Station, di sini pada pukul 4.08 petang, 24 November lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen memohon mahkamah agar tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang pemuda tersebut akan melarikan diri.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Goh Poh Gek memaklumkan anak guamnya sedia memenuhi semua syarat tambahan sekiranya dibenarkan diikat jamin.

“Tertuduh merupakan warga China dan menuntut di sebuah universiti di Singapura. Dia menetap di rumah saudaranya di Taman Ungku Tun Aminah di sini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI