fbpx

SPRM manfaatkan poligraf bongkar kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyerahkan sijil pelantikan Ahli Pasukan Pemeriksa Poligraf Bertauliah kepada pegawai suruhjaya itu baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memanfaatkan penggunaan teknik pemeriksaan poligraf bagi merungkai kebenaran menerusi kaedah saintifik secara berkesan bagi memperkukuhkan siasatan dan penguatkuasaan undang- undang.

Penyelaras Pasukan Poligraf SPRM, Noorhakimin Brahim berkata, maklumat daripada pemeriksaan poligraf membantu pasukan siasatan mengenalpasti halatuju siasatan, sekali gus berpotensi menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam tindakan
siasatan.

Katanya, secara asasnya, pemeriksaan poligraf merupakan alat yang mengukur tindak balas fisiologi terhadap soalan diajukan kepada suspek atau saksi.

“Di SPRM, pemeriksaan poligraf ini bukan sahaja dilakukan bagi membantu pasukan siasatan dalam merungkai kes-kes melibatkan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

“Namun, ia turut digunakan dalam proses saringan kepada Pegawai baru SPRM sejak tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, berdasarkan kes-kes yang pernah disiasat sebelum ini, ujian poligraf membuktikan keberkesanannya dalam membantu mengecilkan skop siasatan dan mengesahkan penglibatan suspek.

“Namun begitu, dalam konteks undang-undang di Malaysia, walaupun hasil pemeriksaan
poligraf belum diterima masuk sebagai keterangan di mahkamah, ia digunakan sebagai proses siasatan membantu pegawai penyiasat mempercepatkan proses mendapatkan bukti
kukuh.

“Meskipun pemeriksaan poligraf telah digunakan di SPRM sejak awal 1990an, namun perkembangan ketara hanya bermula sekitar 2015 hingga 2018,” katanya.

Susulan itu, katanya, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Kuala Lumpur juga dilihat berpotensi menjadi hub latihan utama bagi melatih pemeriksa poligraf mahir dalam teknik itu di masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI