fbpx

PM marah kelewatan projek MyDigital ID, rangkaian 5G kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kecewa dan marah dengan kelewatan serta pelaksanaan dua projek transformasi digital negara iaitu MyDigital ID dan Rangkaian 5G Kedua.

Menurutnya, perkara itu dibangkitkan beliau pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara yang berlangsung semalam.

“Hal rumit yang berbangkit dalam mesyuarat itu menyebabkan saya kurang sabar. Dalam tempoh dua tahun ini saya melahirkan rasa kemarahan yang agak keras sedikit.

“Kerana kadang-kadang harapan kita tinggi tetapi apabila MyDigital ID itu terlambat pelaksanaannya hampir setahun. Malah, inisiatif Rangkaian 5G Kedua dan rundingan Digital Nasional Bhd. (DNB) dengan telco juga tertangguh.

“Peringatan kita satu tahun yang lalu juga belum dijawab secara positif oleh kedua-dua pihak. Ini menyebabkan saya agak hilang kesabaran,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Katanya, sikap marah itu menunjukkan bahawa beliau juga ada kekurangan seperti orang biasa dan memohon maaf kepada mereka yang hadir dalam mesyuarat semalam termasuk rakan-rakan menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI