PETALING JAYA- Tiga ekor anak anjing mati dibakar dengan kejam dalam satu kejadian di Tawau, Sabah.
Seorang pengguna Facebook, Awaluddin Alias berkongsikan dua keping gambar mengenai kejadian tidak berperikemanusiaan itu.
” Anjing tidak mengacau, kau pergi bakar, betul-betul di pagar rumah ku.
“Kasihannya tiga ekor rentung, nasib baik ada yang panggil, kalau tidak kami dan rumah kami sekali rentung,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Rata-rata pengguna Facebook turut menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu.
“Harap (pelaku) dapat balasan setimpal,” tulis Aidiel Bai.
Beberapa pengguna Facebook turut mencadangkan agar Awaludddin membuat laporan polis.
“Boleh buat laporan polis atas penganiayaan terhadap haiwan. Tolong buat report secepat mungkin bang koy,” kata Cicie Al-Alaydrus. -K! ONLINE