fbpx

EPL: Langkah kanan Van Nistelrooy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN NISTELROOY (tengah) berjaya memacu kemenangan pertama bersama Leicester ketika meraih kemenangan ke atas West Ham awal pagi semalam. - AFP

LEICESTER – Ruud van Nistelrooy memberikan impak positif dalam aksi pertamanya sebagai pengurus baharu Leicester City apabila membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas West Ham United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power, The Foxes memastikan kemenangan pertama dalam tujuh perlawanan terakhir dan ia hadir ketika penampilan sulung legenda Manchester United itu.

Nistelrooy menyuarakan rasa gembira dan teruja dengan kemenangan itu memandangkan beliau masih berada dalam proses untuk mengenali setiap pemain kerana baru sahaja dilantik sebagai pengurus minggu lalu.

“Saya masih berada dalam proses untuk menyesuaikan diri dan mengenali setiap orang di kelab ini. Bagaimanapun, saya memberikan sepenuh fokus terhadap perlawanan hari ini (semalam) dan mendapat apa yang dimahukan.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini, kami meraih tiga mata dan menjaringkan tiga gol. Secara keseluruhan, West Ham mendominasi perlawanan, jadi ini yang harus kami perbaiki pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan itu, Leicester yang hanya memiliki 39 peratus penguasaan bola meledak tiga gol menerusi Jamie Vardy, Bilal El Khannouss dan Patson Daka manakala gol saguhati The Hammers dijaringkan Niclas Fullkrug.

“Semua pemain menunjukkan mereka sangat dahagakan kemenangan dan berjuang bagi mendapatkan tiga mata. Ini adalah asas yang kami perlukan untuk terus membina pasukan dan mencapai matlamat ditetapkan,” ujar Nistelrooy. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI