fbpx

Ramai Datuk, Datuk Seri bagi duit baiki rumah mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerosakan teruk rumah penduduk akibat banjir terutama di Kelantan menjadi ‘ladang pahala’ kepada golongan berada apabila turut menyumbang terus secara ‘diam-diam’ kepada pemilik kediaman yang musnah.

Menerusi satu hantaran pada TikTok @mdzulkifliymuhammad, berdasarkan pengalaman bencana banjir sebelum ini, ramai dalam kalangan orang-orang kaya ke negeri tersebut untuk menyumbang dan ia turut diakui rakyat Kelantan.

“Lepas banjir daripada pengalaman 2014, akan ada NGO masuk kampung secara tidak berkumpulan. Tidak menaiki 4×4, hanya naik kereta biasa seperti Iswara kecil, datang dua orang biasanya dengan bodyguard.

“Ketahuilah orang itu adalah VIP yang masuk kampung untuk agihkan duit zakat perniagaannya. Beliau tidak mahu diserbu kerana jumlah duit dia bawa sangat banyak.

“Doa-doalah semoga hamba Allah tersebut terbuka hati untuk berhenti di rumah tuan dan puan. Rezeki kita tak siapa yang tahu,” katanya.

Membalas pada ruangan komen, dia turut memberitahu ada mangsa banjir menerima wang tunai antara RM5,000, RM10,000 atau RM15,000 daripada kalangan orang berada dermawan tersebut.

Malah katanya, individu yang masuk ke kampung-kampung dilanda banjir itu ada daripada mereka mempunyai pangkat Datuk atau Datuk Seri.

Seorang daripada pengguna TikTok @Khaiizmal meninggalkan komen bahawa keluarganya pernah dibantu sewaktu banjir besar tahun 2014 di Kelantan.

“Banjir 2014 rumah kami dapat RM10,000 daripada hamba Allah untuk baiki rumah di Kelantan. Tak kenal tapi dia datang dari Kuala Lumpur. Dia datang tengok rumah, lepas tu esoknya dia hantar wakil untuk bagi RM10,000 baiki rumah dengan bagi sumbangan barang-barang rumah, tilam dan makanan semua,” komennya.

“Saya rasa saya pernah jumpa yang macam ni. Masa rumah mak abah saya kena banjir tahun 2020, dia panggil tak turun dari kereta pun. Cakap kat saya semoga tabah harungi ujian Allah. Allahuakbar, memang tak fikir apa masa tu. Dia bagi duit senyum je, lepas tu jalan,” kata Fifi.

“Betul dulu masa banjir 2021 saya dapat juga. Dia orang tiba-tiba sampai, banyak barang dia orang bagi, banyak sangat. Boleh guna sampai sekarang. Tilam, bantal, barangan solat, tikar semua,” kata @ins4n.bias4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI