fbpx

Kembali jual pai, Zahnita padam semua hantaran Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHINITA dilihat kembali aktif dalam Instagram dan mempromosikan jualan pai hasil tangannya.

PETALING JAYA – Bekas peragawati juga pelakon, Zahnita Wilson, dilihat kembali aktif dalam akaun Instagram, namun telah memadam semua hantaran terdahulu.

Menerusi hantaran baharu yang dimuatnaiknya, Zahnita, 39, menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan sokongan terhadapntya susulan pendedahan berdepan episod keganasan dalam rumah tangga, dipukul suami Isnin lalu.

“Assalamualaikum. Terima kasih di atas segala ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda tidak lama lagi.

“Tempahan untuk pai kini dibuka. I love you 3000,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online, hantaran tersebut mendapat ratusan respons dalam masa yang singkat.

Rata-rata netizen memberikan  tanda ‘like’ tanda sokongan dan meninggalkan kata-kata semangat buatnya agar kuat meneruskan kehidupan.

Netizen juga dilihat mahu membeli pai yang dijual Zahnita agar ibu kepada empat orang anak itu dapat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

“Kalian semua, tolong sokong bisnes dia untuk dia berjuang demi dirinya dan anak-anak. Kita nak Zahnita Kuliah Cinta kembali. Pernah makan pai dia. Memang sedap. Berbaloi,” komen netizen.

Terdahulu Isnin lalu Zahnita mengemparkan ramai apabila berkongsi foto matanya yang lebam akibat dipukul suami.

Susulan itu, suaminya telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan.

Zahnita juga dilaporkan dalam proses untuk menurut cerai daripada suaminya selepas 20 tahun hidup merana. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI