fbpx

Banjir: Mangsa di 7 negeri menurun kepada 65,822 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 65,822 mangsa banjir terdiri daripada 20,116 keluarga direkodkan pada pagi ini, menurun berbanding petang semalam yang mencatatkan 71,181 orang.

Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 43,667 mangsa banjir (13,978 keluarga) direkodkan di Kelantan.

Ia diikuti oleh Terengganu dengan 14,319 mangsa (3,671 keluarga), Pahang seramai 53 mangsa (11 keluarga) serta Kedah seramai 6,134 mangsa (1,957 keluarga).

“Perak dengan 382 mangsa (126 keluarga), Johor pula 1,095 mangsa (329 keluarga), serta Melaka iaitu 172 mangsa (44 keluarga).

“Sebanyak 227 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat petang ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI