fbpx

Lelaki bimbang abang OKU hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias menunjukkan laporan polis dan gambar Badrul Zaman yang hilang sejak Ahad lalu.

GURUN – Seorang lelaki resah setelah abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lumpuh sebelah badan menghilangkan diri sejak Ahad lalu.

Menurut Alias Osman, 54, dari Kampung Atap, di sini, dia dan ahli keluarga cuba mencari abangnya, Badrul Zaman, 60, di merata tempat namun gagal menemuinya.

“Kali terakhir abang saya dilihat ketika cuba melintas jalan pulang ke rumah selepas keluar minum di kedai berdekatan pada pukul 7 malam, Ahad lalu. Penduduk beritahu abang tidak jadi melintas kerana laluan sibuk dan dilihat terus berjalan ke Pekan Gurun.

“Abang tidak pulang sehingga keesokan harinya menyebabkan kami sekeluarga bimbang keselamatannya berikutan dia mengalami lumpuh sebelah badan selain mempunyai masalah mental,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Badrul Zaman

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan abangnya itu boleh menghubunginya di talian 014-24409172 atau 013-4355522 (Latifah) atau memaklumkan di mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI