fbpx

Pensyarah maut pegang pagar elektrik ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memegang pagar hadapan rumahnya. - Khaosod

BANGKOK – Seorang pensyarah universiti di Hatyai maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menutup pagar hadapan rumahnya semasa banjir, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Pegawai dari Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah (PEA) cawangan Hatyai memeriksa lokasi kejadian dan mengenal pasti terdapat wayar terdedah berhampiran pintu pagar rumah mangsa, Narun Nattharom.

“Mangsa berkemungkinan maut apabila wayar yang rosak itu mengalirkan arus elektrik kepada pintu besi.

“Mangsa pula memegang pagar tersebut ketika berdiri dalam air banjir, menyebabkan kegagalan organ serta-merta,” kata pakar kejuruteraan elektrik, Penolong Profesor Dusit Suksawat.

Pemeriksaan mendapati, beberapa rumah lain di kawasan sama turut mempunyai masalah pendawaian berbahaya yang serupa. 

Justeru, PEA memotong bekalan kuasa ke kawasan kejiranan itu sehingga sistem yang rosak diganti. 

Penduduk juga diberi amaran untuk mengelak daripada mengendalikan objek logam atau peranti elektrik ketika berdiri di dalam air bertakung. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI