fbpx

Perubahan cuaca kini ancaman keselamatan untuk negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tiga dari kanan) bersalaman dengan anggota ATM yang menyertai Ops Murni Banjir Kelantan di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang hari ini. - FOTO oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

RANTAU PANJANG – Perubahan cuaca terutamanya banjir yang melanda kebanyakan negeri ketika ini diklasifikasikan sebagai ancaman bukan tradisional kepada negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perubahan keadaan cuaca merupakan ancaman yang sedang dihadapi oleh negara dan ia akan menjadi perkara biasa selepas ini.

“Apabila bercakap mengenai ancaman keselamatan, ia bukan lagi melibatkan peperangan konvensional atau kita melawan komunis dan sebagainya.

“Soal perubahan cuaca yang menyebabkan negara dan masyarakat berdepan dengan huru-hara merupakan perkara yang menjadikan Angkatan Tentera (ATM) sentiasa diminta untuk bersiap-sedia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kawasan Ops Murni Banjir di Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberitahu, selain melihat keadaan banjir dan mangsa dalam rangka lawatannya, beliau turut menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh ATM supaya sentiasa bersedia dan berkesan dalam melaksanakan operasi.

Menurutnya, ATM juga perlu benar-benar membantu dalam memastikan masalah dan cabaran semasa melaksanakan operasi banjir diurus dengan baik.

“Segala persediaan itu dilakukan supaya masayarakat tidak berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk semasa banjir.

“ATM telah melakukan tinjauan sebelum bencana banjir berlaku di kawasan-kawasan tertentu. Apabila diperlukan, kita akan turun untuk membantu pihak berkuasa awam untuk memindahkan mangsa.

“Usaha-usaha ini dilakukan supaya semua pihak akhirnya selamat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI