fbpx

Tanah runtuh, perjalanan Orang Asli ke Gua Musang makan masa hampir 10 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Sungai Pelat, Pos Gob, Gua Musang. - FOTO IHSAN ORANG ASLI

 

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Gob di sini terpaksa menempuh perjalanan hampir 10 jam untuk keluar mencari keperluan dan makanan di Bandar Gua Musang selepas berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Sungai Pelat di sini, semalam.

Ketua Jaringan Kampung Orang Asli Pos Gob, Yusman Abdol berkata, sebanyak tujuh kampung di Pos Gob kini terputus hubungan apabila berlaku tanah runtuh dan kampung terlibat termasuk Kampung Kacheng, Kampung Brog, Kampung Bercap, Kampung Tembaga, Kampung Kelerang serta Kampung Rang.

“Hujan berterusan sejak 20 November lalu menyebabkan ramai penduduk Orang Asli tidak dapat keluar mencari barangan di bandar Gua Musang Cuaca semakin baik semalam dan mereka mula bergerak ke Bandar Gua Musang bagi menyelesaikan beberapa urusan dan mendapatkan bekalan makanan. Semasa tiba di kawasan Sungai Pelat, berlaku runtuhan tanah,” katanya.

Yusman berkata, penduduk mengambil masa lebih dua jam untuk mengalihkan pokok tumbang serta mengangkat motosikal yang tenggelam dalam lumpur dan kawasan itu juga tidak dapat dilalui oleh pacuan empat roda.

Katanya, mereka selamat tiba di Kampung Bawik, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis pada pukul 4.30 petang dan mengambil masa hampir 10 jam untuk keluar dari Pos Gob – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI