fbpx

Tak buat laporan polis, Syura nafi guna dapur mudah alih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYURA menjelaskan perkara tersebut susulan ramai melemparkan dakwaan tidak benar mengenai kejadian letupan gas tersebut.

PETALING JAYA – Penyanyi Syura Badron menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menggunakan dapur mudah alih atau portable gas cooker sehingga menyebabkan letupan yang mencederakan suaminya dalam satu kejadian letupan di sebuah inap desa di Perlis baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Zuraidah Badron itu berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan susulan menerima terlalu banyak komen berbaur tuduhan selain mendakwa suaminya tidak mementingkan keselamatan di dapur.

“Yang pertama adalah penggunaan tong gas. Saya menggunakan tong gas biasa sahaja dan bukanlah ‘induction cooker’ atau ‘portable gas cooker’ yang selalu dibawa orang ke mana-mana.

“Yang kedua ada juga pihak mendakwa saya masak bubur dengan api yang perlahan sehingga api itu terpadam dan suami saya datang untuk hidupkan semula api.

“Juga tidak, sebab sebenarnya saya panaskan bubur dengan menggunakan api yang perlahan dan suami saya pula pergi ke dapur untuk besarkan sedikit api,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Berkongsi lanjut, Syura bagaimanapun merasakan kejadian letupan tersebut berpunca disebabkan kedudukan tong gas yang berada di dalam kabinet dapur yang bertutup.

“Kalau nak cakap tentang punca, saya memang tak tahu apa punca sebab memang dapur itu meletup secara tiba-tiba.

“Kedudukan tong gas pula di bahagian dalam kabinet yang tertutup dan ketika itu tiada sebarang bau.

“Kemungkinan besar adalah sebab gas bocor dan berkumpul dalam kabinet sehingga menyebabkan meletup,” katanya lagi.

Pelantun lagu Nazam Berkasih itu menambah, dia tidak membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa kerana enggan menyusahkan pemilik inap desa tersebut.

“Selepas kejadian itu, saya dan suami langsung tak ada buat laporan polis dan bomba untuk sebarang siasatan mengenai punca letupan.

“Kami tak buat laporan sebab fikirkan pemilik inap desa tersebut, sudah pastinya mereka akan dapat masalah.

“Jadi, saya pun taknak panjangkan kes dan hanya hubungi tuan rumah sahaja selepas kejadian itu berlaku selain tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka,” jelasnya.

Terdahulu, pada 25 November lalu, Syura berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI