PETALING JAYA – Makanan jajan nachos yang dicampur nasi lemak ‘ditentang’ oleh netizen yang menganggap gabungan makanan itu tidak sepatutnya berlaku.
Nachos kini menjadi makanan trend jalanan yang dicampur dengan daging cincang telah diubah sesuai dengan nasi lemak membuatkan orang ramai marah.
Walaupun ramai yang teruja dengan ciptaan resepi itu, ada juga yang berpandangan bahawa gabungan makanan sebegini semakin melampau dan tidak wajar.
“Makanan pun dah ‘murtad’, diolah ikut selera rakyat Malaysia menyebabkan obesiti. Makan ‘cacamarba’. Belum umur 35 tahun, buah pinggang sudah rosak. Sudah-sudahlah makan makanan merapu macam ini,” nasihat Syamsul Nazri.
“Tolonglah jangan ada yang sokong. Merapu sangat. Malaysia kaya dengan pelbagai makanan sedap. Jangan cipta makanan yang tidak masuk akal macam ini. Sedihlah,” ujar Shazriena Zulkifli.
“Ini dah melanggar hukum nasi lemak,” luah Nurul Hadirah. – KOSMO! ONLINE
Mula dah merapuu pic.twitter.com/SRt1CGaBw2
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 1, 2024