PETALING JAYA – Seramai 71,181 mangsa banjir terdiri daripada 21,523 keluarga direkodkan petang ini, menurun berbanding pagi tadi mencatatkan seramai 93,500 orang.
Menerusi maklumat pada Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, seramai 44,438 mangsa banjir (14,197 keluarga) direkodkan di Kelantan.
Ia diikuti oleh Terengganu dengan 18,111 mangsa (4641 keluarga), Pahang seramai 12 mangsa (2 keluarga) serta Kedah seramai 6,713 mangsa (2,123 keluarga).
“Perak dengan 637 mangsa (200 keluarga), Johor pula 1,098 mangsa (316 keluarga), serta Melaka iaitu 172 mangsa (44 keluarga).
“Sebanyak 245 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat petang ini,” menurut maklumat tersebut. – KOSMO! ONLINE