fbpx

MIPH tubuh Badan Profesional Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebuah Badan Profesional Halal akan ditubuhkan bagi menyelaras dan menentukan hala tuju strategik pembangunan profesional halal di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal (MIPH) yang dipengerusikan beliau, baru-baru ini.

“Penubuhan ini akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan sebelum dilaksanakan,” katanya yang juga Pengerusi MPIH.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu turut bersetuju menubuhkan MPIH di peringkat negeri bertujuan memperluas penyertaan pemain industri melalui pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030.

“MPIH mencadangkan penganjuran sesi dialog dan libat urus melibatkan pemain industri, agensi kerajaan, dan pemegang taruh melalui sesi Townhall dan HIMP 2030 Open Day pada suku pertama 2025,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan HIMP 2030 telah mencapai 75 peratus bersamaan RM110 bilion daripada sasaran RM147 bilion.

Katanya, nilai eksport halal berada pada paras RM45 bilion untuk tempoh yang sama dengan sasaran RM62 bilion menjelang akhir tahun ini, manakala jumlah pelaburan kumulatif di Taman Industri Halal mencecah RM16.7 bilion daripada sasaran RM18.1 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI