fbpx

[VIDEO] Padah tunjuk berang tumbuk, tendang cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bertindak merakam pengadu sebelum menendang cermin kereta sehingga retak.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki didenda RM1,000, manakala seorang lagi suspek dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah selepas ditahan polis berhubung kes khianat hingga menyebabkan kerosakan pada sebuah kenderaan di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, di sini.

Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 1.41 pagi, 26 November lalu.

Katanya, pengadu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun memandu kereta jenis Proton Wira telah dihimpit oleh sebuah kereta Perodua Axia yang cuba memasuki laluan pengadu.

“Pengadu telah membunyikan hon untuk memberi amaran pada pemandu tersebut bagi mengelak pelanggaran.

“Semasa kedua-dua kenderaan berhenti di lampu isyarat berdekatan Hospital Gleneagles, di sini, suspek telah keluar dari kenderaan terus menumbuk cermin kanan kenderaan pengadu dan menendang pintu kiri hingga kemek serta cermin retak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis menahan suspek pertama, 35, dan suspek kedua, 39, pada Ahad lalu dan dibenar reman selama tiga hari sehingga esok.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur semalam dengan cadangan tuduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, PPN KL bersetuju untuk tuduh suspek kedua manakala suspek pertama dijadikan saksi pendakwaan.

“Suspek kedua yang bekerja sebagai buruh telah dituduh di Mahkamah Majistret 9 Kuala Lumpur hari ini. Suspek mengaku bersalah ke atas pertuduhan serta dijatuhi hukuman denda RM1000 (denda dibayar),” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berbaju biru keluar dari kereta Perodua Axia seterusnya merakam pemandu kereta Proton Wira.

Lelaki berkenaan bertindak menendang cermin kereta kiri bahagian depan sehingga pecah sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Dalam video berdurasi satu minit 43 saat itu juga, dilihat pemandu Axia yang berbaju merah keluar dari kenderaannya dan mengetuk kereta pengadu untuk memberitahu pergi ke balai polis. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by penhitam (@penhitamdotcom)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI