PETALING JAYA – Seorang penebar roti canai mencuri perhatian pelanggan apabila tetap gigih menebar roti dalam posisi terkangkang, meskipun kaki kanannya patah dan disimen.
Menerusi hantaran TikTok oleh @udinpakku, seorang lelaki dilihat tekun menebar roti canai sambil kaki kanannya yang disimen disandarkan di atas tong gas.
Pada saat ke-17, dia dengan penuh ketabahan menurunkan kakinya ke lantai dan mengesot ke hadapan untuk membalikkan roti canai yang sedang dimasak di atas pemanggang.
Hantaran ini telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terhibur dengan aksi bersahaja lelaki itu, namun pada masa sama turut kagum dengan semangatnya untuk terus bekerja meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
“Cara orang yang betul-betul nak cari rezeki. Selagi tak gagal tulang yang lain, dia kayuh juga. Semoga cepat sembuh, bang,” ujar AnakPanah.
“Semangat yang kuat. Ada sesetengah orang sihat walafiat pun malas nak kerja,” komen Amerreca.
“Hidup ini keras. Kaki dah berbalut pun kena kerja,” tulis Azlina. – KOSMO! ONLINE
@udinpakku 🤣#fypシ゚viral ♬ original sound – pakkuu🫧