fbpx

Hujan, ribut diramal landa Kedah sehingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Hujan dan ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di negeri ini mulai hari ini sehingga Isnin.

Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, pada Sabtu ini diramal ribut petir berlaku pada sebelah pagi dan petang.

Katanya, pada Ahad dan Isnin pula diramal hujan pada waktu pagi dan diramalkan berlaku ribut petir di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman pada waktu petang.

“Berdasarkan ramalan juga terdapat hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat di kawasan pedalaman dan kawasan pantai pada sebelah petang dan malam mulai hari ini hingga Jumaat.

“Bagaimanapun, pihak kami menjangkakan tiada hujan lebat berterusan yang akan berlaku sepanjang tempoh masa itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI