fbpx

Pejabat sekolah dijadikan PPS disyaki dipecah masuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tengah) menyerahkan sumbangan banjir kepada warga PDRM terkesan di Pondok Polis Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sebuah sekolah rendah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di Jertih, Besut kerugian RM3,200 apabila pejabatnya dipecah masuk pada semalam.

Perbuatan jenayah itu disyaki dilakukan tiga remaja dipercayai mangsa banjir yang berlindung di PPS terbabit.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, tiga suspek berusia 14 hingga 16 tahun berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kehilangan wang tunai yang disimpan di dalam pejabat sekolah terbabit telah disedari pihak pengurusan sebelum dilaporkan kepada polis.

“Pejabat (sekolah) sudah kunci, tetapi ada yang mengambil kesempatan,” katanya di Pondok Polis Tepoh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui sewaktu menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu.

Mohd. Khairi berkata, berikutan insiden berkenaan, pegawai polis telah ditempatkan di PPS terpilih bagi memastikan keselamatan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihak polis juga menerima laporan kecurian motosikal seorang mangsa banjir di Besut pada semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI