fbpx

Bekas pekerja MySTEP didenda menyamar staf tetap IKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas telefonis di IKN didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya atas pertuduhan menyamar sebagai kakitangan tetap di institut berkenaan. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai khidmat pelanggan di Institut Kanser Negara (IKN) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai kakitangan tetap di institut itu dengan memalsukan kad pekerja, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Hafizullah Mat Zahid, 32, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Hafizullah didakwa menipu seorang pembantu keselamatan kanan dengan menyamar supaya lelaki itu percaya dia adalah kakitangan tetap di IKN. Kesalahan itu dilakukan di IKN, Jalan P7, Presint 7 di sini, kira-kira pukul 2 petang pada 27 November lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah dilantik sebagai pegawai khidmat pelanggan di bawah program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan ditempatkan di bahagian Perhubungan Awam IKN pada 26 Jun lalu.

Sepanjang bertugas, tertuduh telah dilihat beberapa kali memakai kad pengenalan jabatan berwarna biru yang digantung di leher menggunakan ‘lanyard’ Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, pada 27 November lalu, pengadu menerima aduan bahawa terdapat seorang kakitangan kontrak MySTEP iaitu tertuduh telah menggunakan kad pengenalan jabatan yang dipercayai palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI